Majlis Bersanding Bob & Linda - small details


Untuk posting kali ni sis Linda bg info mengenai perincian kecil semasa majlis persandingan sis.
Untuk majlis bersanding sebelah perempuan, tema ialah hijau Mint Green.
Actually sis memang pink lover die hard tapi sebab sis dah pon pakai tema warna pink untuk majlis bertunang sis setahun yang lepas, jadi nak tak nak kene tukar jugak lah warna tema untuk bersanding..
Jadi takde lah nampak sameee je kan.. Nak jugak lain skit.. heee..
Okeh disebabkan dewan yang sis booking untuk majlis ni - Dewan Komuniti Sri Petaling ade sedikit warna macam biru turqoise tu jadi akak sis bagi idea untuk menggunakan tema warna Mint Green.

Di bawah ni gambar dewan tersebut daripada google:


Kalau sis tema merah macam x synchronize kan dengan dewan..



Pakai warna biru ni nampak okay skit.. sejuk je mata pandang..


Tapi designer Huda Hassan Wedding Couture dah bagi idea hijau Mint Green jadi kita pon pakai lah tema tu untuk semua props - Baju pengantin, Pelamin, kek pengantin, sarung meja, riben kerusi, doorgifts, candy buffet, dan lain-lain lagi.. 





Ni doorgift yang sis tempah.. Kekacang untuk orang dewasa dan biskut untuk budak2 kecil..
Simple je kan.. janji menarik.. Kebetulan kawan sis buat doorgift jadi tempah dengan dia je senang..



Ni aunty Ina.. aunty sis yang baik hati tolong jagakan doorgift untuk tetamu pada hari tersebut..
TQ aunty.. love youu..


Biskut2..

Kekacanggg..



Walkway, red carpet ke arah pentas..



Pelamin sis daripada Huda Hassan Wedding Couture..



Pelamin side view..



Pelamin ada bunga warna2 hijau jugak dan kerawang.



Meja potong kek pengantin.. daripada HHWC jugak..









Pemandangan daripada atas pelamin..
Bawah pelamin tu meja makan beradab..



Kek pengantin warna hijau jugak.. heee..
Kek ni termasuk sekali dengan pakej katering yang sis ambil..




Sarung meja dan riben kerusi warna mint green dan putih..



Meja kecil tu nak buat tempat photobooth..



Yang ni pulak deco untuk entrance dewan tu..
Ade gambar sis masa bertunang.. letak dalam frame..
Frame tu sewa dengan something borrowed.. 
Deco props semua daripada Huda Hassan Wedding Couture..



Candy buffet kosongggg..


Candy buffet letak hiasan sikit2 warna mint green dan kuning..



Pinggan dan balang same digunakan masa majlis bertunang..
Tambah sikit je untuk masa kawin ni..




Photo booth sis nak letak kain backdrop warna gold.. Dengan banner yang sis dah print tu..
Tapi penyudahnya kene pakai warna coklat sebab kain gold ni tak cukup panjang.. ;(



Ni contoh bergambar kat photobooth..
Ni kawan sis ni pembaca berita TV3 kenal tak?
TQ Azliyanti & family datang kenduri kahwin kita =)



Dalam gambar cantik je kan photo booth ni.. hehehe..
Siap ade kad kawin sis lagi letak bawah gambar tu..
Overall sis puas hati dengan perkhidmatan photo booth ni..
Dia amek gambar pakai kamera dslr dan print jadi kos nya agak murah berbanding yang mesin photobooth keluar gambar macam tiket wayang tu..




Untuk memeriahkan majlis sis tempah group penari daripada sepupu sis sendiri 
Syafizal Syazlee.
Beliau adalah guru tari dan yang menari ni adalah kawan2 / murid2 beliau.
Meh sis belanja gambar2 penari sedang menari itu..







Ada 4 lagu semuanya lagu tradisional Melayu..
Best sangat tengok tarian tradisional yang lincah dan lemah gemalai..




Sepupu sis ni juga sangat berbakat dalam nyanyian dan lakonan.
Jadi sis suruh lah dia belanja satu lagu untuk acara potong kek pada hari tersebut.
Lagu yang romantis memang lagu feveret sis.. Nak tau lagu ape? Pm tepi.. hahahaa..
Sis bg hint penyanyi Anuar zain.. Haa cuba teka..

Kat bawah ni  contoh lagu-lagu yang sesuai untuk majlis potong kek dan mencipta suasana romantis:

1) Mencintaimu - Kris Dayanti
2) When you tell me that you love me - Diana Ross
3) Sedetik Lebih - Anuar Zain
4) Because you Love Me - Celine Dion
5) Thousand Years - Christina Perri

Ni cadangan sahaja.. Lain orang lain taste lagu nya kan..


Untuk makluman, bakal2 pengantin make sure buat tempahan untuk booking dewan setahun awal yea dengan DBKL.
Tak boleh booking last minit unless korg kawin hari isnin... heee..
Sabtu n ahad memang selalu nya penuh sebab tu dinasihatkan booking awal setahun.. nak dapat tarikh yang korang suka tu susah tau.. lagi pulak kalau peak season macam cuti sekolah dan cuti perayaan.. Kalau banjir pon orang selalu guna dewan untuk tempatkan mangsa banjir.
Jadi booking awal untuk mengelakkan kemurungan..

Info extra - sewa dewan under DBKL ni selalunya bermula RM800 dan ke atas.
Lepas tu campur kos karpet, extra hours, dan lain2 deposit kena letak dalam RM1,500 macam tu.. 
Nanti dah habis majlis boleh dapat refund jika ada baki. 

Lagi satu nak pakej kahwin letops haruslah pilih Huda Hassan Wedding Couture..
Baju letops, mekap letops, pelamin letops.. pom..pom..pom..
Kita pon ade panel katering jadi nak apa2 sume boleh bawak berbincang yea dik non..
Bagi uols tawaran yang kenot resist punya.. Boleh wassap sis Linda 012-6769252 =)

Okeh next entry pulak nak cerita pasal baju kahwin.. 
Nextttt....



Comments